
Sepak mula Liga Super 2014 akan bermula pada 17 dan 18 Januari 2014 setelah lebih kurang 2 bulan lebih berehat daripada sebarang kejohanan utama bola sepak negara. Tempoh tersebut digunakan oleh semua pasukan membuat persiapan terbaik menghadapi musim baru Liga Malaysia 2014 akan datang.
Antara pasukan
yang disebut-sebut sebagai pilihan untuk mengungguli Liga Malaysia 2014
akan datang ialah pasukan Johor Darul Takzim FC di bawah kendalian Ketua
Jurulatih Sepanyol, Cesar Fernando Jiminez. Pasukan JDT FC musim 2014
bakal dibarisi oleh ramai bintang-bintang bola sepak tanahair sekaligus
menjadi pasukan tumpuan musim 2014 akan datang. Pasukan Harimau Selatan
juga turut bakal diperkuatkan dengan 4 pemain import berkualiti iaitu 2
dari Argentina iaitu bekas pemain kebangsaan Argentina, Pablo Aimar dan
Luciano Figeroa selain 2 lagi pemain import dari Singapura iaitu Ketua
Pasukan Singapura bawah 23 tahun, Hariss Harun dan pemain pertahanan
terbaik Anugerah Bolasepak Malaysia 2013, Baihakhi Khaizan.
Pasukan JDT FC
akan memulakan kempen Liga Super 2014 dengan menentang pasukan Perak
pada 18 Januari 2014 di gelanggang sendiri. Dengan barisan pemain
berstatus bintang, Bual Sukan menjangkakan pasukan JDT FC adalah antara
pasukan yang bakal merebut kejuaraan Liga Super 2014 akan datang. Namun
begitu, saingan 11 lagi pasukan lain tidak boleh dipandang mudah oleh
pasukan JDT FC. Berikut adalah Jadual Perlawanan Liga Super 2014
membabitkan pasukan JDT FC bagi musim 2014 akan datang :
Pusingan Pertama
18 Januari : Perak (GS)
25 Januari : T-Team (GL)
28 Januari : Singapore Lions XII (GS)
8 Februari : Pahang (GL)
15 Februari : Selangor (GS)
8 Mac : Sime Darby FC (GL)
15 Mac : Terengganu (GL)
22 Mac : ATM FA (GS)
25 Mac : Kelantan (GL)
29 Mac : Sarawak (GS)
5 April : PKNS FC (GL)
Pusingan Kedua
12 April : PKNS FC (GS)
15 April : Perak (GL)
19 April : T-Team (GS)
10 Mei : Singapore Lions XII (GL)
17 Mei : Pahang (GS)
24 Mei : Selangor (GL)
10 Jun : Sime Darby FC (GS)
14 Jun : Terengganu (GS)
17 Jun : ATM FA (GL)
21 Jun : Kelantan (GS)
25 Jun : Sarawak (GL)
* Jadual Tertakluk kepada pindaan
GS : Gelanggang Sendiri
GL : Gelanggang Lawan
No comments:
Post a Comment