Nyata pasukan
Johor sangat seius menghadapi musim 2014 apabila mengikat jurulatih dari
Sepanyol iaitu Cesar Fernando Jiminez yang pernah melatih pasukan
gergasi Liga Primera Sepanyol, Atletico Madrid. Selain itu, JDT di bawah
pimpinan Tengku Mahkota Johor juga mengikat bintang import dari
Argentina yang pernah mewakili kelab Benfica di Portugal dan Valencia di
Sepanyol iaitu Pablo Aimar dan bekas pemain bawah 23 tahun Sepanyol,
Braulio Nobrega Rodriguez. Hariss Harun dari pasukan Singapore Lions XII
pula bakal mencukupkan kuota pemain import pasukan JDT.
Selain pemain
import berprofail tinggi ini, JDT juga membawa masuk pemain-pemain
ternama Liga Malaysia seperti Azizi Mat Rose, S. Subramaniam, Daudsu
Jamaluddin, Nor Farhan Muhammad (Kelantan), Mahali Jasuli, Norazlan
Razali, Amri Yahya, Asraruddin (Selangor), Fadhli Shas, Izham Tarmizi,
Irfan Fazail (Harimau Muda A), Nazrin Nawi (Negeri Sembilan) dan
pemain-pemain lain untuk memantapkan pasukan mereka musim depan. Pasukan
JDT pastinya menjadi antara pasukan pilihan mengungguli Liga Malaysia
2014 akan datang.
Berikut adalah senarai pemain JDT bagi musim 2014 berdasarkan kepada laman web www.johorsoutherntigers.com.my . Namun begitu senarai akhir pemain hanya akan disahkan oleh pengurusan JDT sebelum jendela perpindahan dan pendaftaran pemain ditutup pada Disember 2013.
No comments:
Post a Comment